Halamak... busy lagi la lately ni... hehehehe. Keje IBM ni pun cam huru hara gak, kejap keje malam.. kejap keje pagi... takpela, rilek dulu.. tapi company lama dulu dah offer balik, hmmmm kalau masuk balik pun bagus gak, leh mengulor lagi + jalan2... hahahaa, tgk la camne nanti. Cuma kene berpolitik lagi la macam dulu, sakit jiwa skit... aku rasa kalau masuk balik kali ni, aku buat pekak je la.. nak amik berat pun aku tanak, suruh buat A, aku buat A.. suruh B, buat B... kalau tak confirm sewel macam dulu. Tengok la camne nanti....

Tesis aku baru je antar binding jumaat lepas, penyelia aku mesti bising punya, dah la dia tak tengok dulu + aku ada tertinggal satu modul yang dia suruh masuk... abih tu nak buat camne, dah suntuk sangat dah.. abih semua plan tak jalan. Takpela, mintak2 dia tak marah sangat la... camne nak sambung lagi dengan dia, hehehhee....




Life is like a box of coklat... kekadang dapat coklat bulat, kekadang dapat coklat bujur... kekadang dapat coklat pahit... adat la tu. Life must go on.... doa & terima la apa yang tersurat dan tersirat.

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha Agung....



Seminggu lepas Raya, presentation.... alhamdulillah, dah settle... skang ni tgh nak buat pembetulan Tesis dan final test untuk 1 subject.... tapi dah makin sunyi lak.. dah terbiasa buat keje malam2 sampai pagi.. skang dah takde buat apa.

Minggu lepas baru je signup SPB under supervisor aku, Dr Ali... SPB tu Skim Pelajar Bekerja.. buat research sambil bekerja, insya'allah aku nak sambung lagi kut, dah alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ketiak masam.. hahahahahhaa. Tapi disebabkan Master ni tak habis lagi, kena la amik SPB ni dulu... nanti dalam bulan 6, lepas daftar Phd, baru la sumbatkan aje terus segala kerja2 research tu untuk Phd ni... so that's the method la...

Kerja baru tersangat la boring... aku kene repeat balik, atau start from '0' kat IBM ni... kene belajar new technology... macam2 lagi la... the way IBM works are so much different from my previous company, for a start, aku kene buat dekat 6-7 ID. So far, aku baru ada 2 dan tengah nak belajar function dia... kalau ikutkan hati, memang aku tak buat dah keje ni... tapi memandangkan dia punya flexible hours yang sangat aku perlukan, aku terpaksa la akur dan turut...

Thats life man.... buat masa ni memang banyak bende yang memeningkan kepala aku, sekejap kita senang... kejap kita susah.... adat la tu... jangan lupa tuhan cukup. Untill my next post, assalamualaikum... :)

Siapa tak kenal Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary? Tapi mungkin kita hanya kenal dia sebagai orang kaya sahaja, tanpa mendalamai siapa sebenarnya dia... meh tengok skit prinsip peribadi dia....




- Umur - 53 tahun
- Pendidikan - SPM
- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan - RM1,425 juta
- Ke 7 terkaya di Malaysia
- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta - Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula Bila mana ibunya menyuruh memberikan ebahagian elaun ( RM750.00 ) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui esusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?.

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!.

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang
tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada
pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan
kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. Kepada anak-anak ibu.....

" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan"

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)




Assalamualaikum semua, lambat la post bulan ni... hehehe, bukan apa, sibuk settle kan project yang tak habis2 lagi ni... tapi alhamdulillah, tadi dah present dan selesai!! Yahoo!!

Mula2, presentation tu di jadualkan masa awal bulan ramadhan yang lepas, tapi di tunda sebab awal sangat... dan memang aku tak leh abis pun kalau ikut time tu. Jadi dia tambah sebulan, hmmm... tak beraya la. Tiap2 hari tido lepas subuh, timing tido memang lari sepanjang bulan...

Tapi ok lah, Raya tahun ni pun sambut dengan ala kadar je, sehari sebelum raya tu ada la sibuk skit... temankan si Fadhil pegi cari kuah kacang..( esok nak raya ptg ni baru nak carik kuah kacang??), pusing cari kat Sate Samuri... dekat 3 cawangan kitorang pusing, last sekali kat Kajang jugak dapat... bukak puasa terus kat sana. Dah alang2 kat kajang, pegi la area ulu langat nak cari lemang. Ayah Fadhil suruh carik ada satu kedai ni, org beratur sampai ke jalan...

Sekali jumpa... KEDAI NO.13... masa aku sampai dalam pukul 8.15 tu ada la dalam 15-20 orang dah beratur. Dia punya banyaknya lemang tengah bakar... tempat bakar pun dah permanent. Ingatkan tgh bakar bebanyak tu cantek la, dalam 15 minit ni dapat la kut.... dari org azan isyak, sampai orang takbir... sampai dah habis takbir! Ni orang yang takbir kat masjid ni dah datang beratur sekali tapi aku tak dpt2 lagi lemang.... pukul 10.30 baru dapat! Fuh! Badan dah memang bau asap... in the end, aku beli 3 batang... mula2 nak beli sebatang je, lama tunggu punya pasal, up lagi 2... Fadhil beli 4.... tak budget tul la lama camtu... aku tengok kat belakang ada la lagi 30 org beratur... huhuhuuhh, bila mau dapat daaa. Malam tu jugak aku belah, nasib baik memang sedap.. ahhahaha!!

Raya first biasala, aktiviti biasa beraya rumah kengkawan dan last sekali pegi tgk wayang... tahun ni cite Otai. Hehehe... kelakar gak la. Tapi wayang penuh ngan mat rempit la pulak...

Lastly, aku menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kalau ada tersalah, termakan... harap dimaafkan dan di halalkan ek... Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar dah tengah bulan Ramadhan dah... aku pun sedar bila dalam perjalanan balik naik motor, tgk langit.. bulan penuh, cantek je bulat. Hmmm kejap je masa berlalu, adeh... tak best betul la, bulan puasa ni la bulan yang paling best...

Tapi bulan puasa tahun ni ada banyak perubahan... pasar ramadhan aku dah tak berapa pegi dah, kalau terpaksa sebab takde makanan atau tunang aku ajak, aku tak pegi dah... kalau tahun lepas, dah macam hobi. Lepak mapley pun dah kurang, kadang2 je.. sebab aku dah selalu tido awal. Pukul 10 dah tido, lepas tu pukul 2 bangun... lepas subuh baru tido balik. Time tido pun dah tak betul, agak2 ngantuk tido....

Project presentation tunda selepas raya, ada la masa sikit untuk buat... tapi yang tak eloknya, jadi lagi malas dan asik tangguh2 je... aih, penyakit lama sejak dari degree lagi....



Tapi aku dah start buat penternakan, ternak/bela ikan ketutu. Minggu lepas aku dah masukkan anak benih 300 kecik, 200 besar... tapi banyak jugak yang mati. Aku target yang besar tu dapat dijual pada raya cina tahun depan, kalau jadi... baru la aku fikirkan nak buat mass production. Yang bagusnya, ketutu ni tak perlukan tempat yang besar, aku bela dalam tangki 6'x4'x2' kat tepi rumah. Seminggu jugak la betukang siapkan filter.. RAS system... dll. Insya'allah ok la nanti... first trial ni just untuk research, tgk la macamana nanti.. kalau ada yang nak tgk, dtg la ke rumah.. hehhehee.

Your Face Is Bright
Album : Allahu
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


You bring the light to the entire world,
You bring the hope into human lives.

Your face is bright like the shining moon,
Lighting up darkness of the night,
We are here, we think of you,
Oh Muhammad Rasulullah.

The coming of you make the brightest day,
Shining through along the way,
You bring the love of Al Islam,
You are the symbol of unity.

You bring the light to the entire world,
You bring the hope into human lives.

You lead us to the way of truth,
Oh Muhammad,
Oh Muhammad Rasulullah.

Well my friends the time has come,
To have some peace and serenity,
From the love of Rasulullah ,
Oh Muhammad Rasulullah.


Copyright 2006 | Andreas02v2 by GeckoandFly and TemplatesForYou | Design by Andreas Viklund
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.TFY Burajiru